Monday, November 20, 2006

Hati dan Perasaan

hmm...
balik dari KL, makin serabut otak.. mana ngan nak exam hari jumaat nih! mana ngan masalah manusia-manusia yang membengangkan hidup! keja dan keadaan di ofis yang membosankan! family lagik! huhu~ paling tak tahan dengan manusia-manusia sekeliling ni... kenapa ya??
manusia ni tak pernah cukup dengan apa yang depa ada, tak pernah ada rasa puas, dan tak pernah mensyukuri nikmat yang tuhan bagi. kenapa mesti ada busuk hati? dengki? iri? cemburu?
smalam, i jumpak kawan lama. dia ada bercerita mengenai luqman al hakim dengan anaknya (umoq dalam 13 tahun), berjalan dari kampung ke kota, singgah merata-rata, membawa bersama seekor keldai yang agak sederhana besarnya :) kita guna bahasa lama naaa???
dengaq ya....
luqman, anaknya dan keldai, sama-sama berjalan, merentasi satu kota. di sana, manusia memandang-mandang, sambil berbisik sesama mereka. ada yang menjuihkan mulutnya, ada juga yang terpinga-pinga, memandang mereka dengan penuh tanya... lantas terdengar lah luqman mereka berkata, "wahai luqman yang bijaksana, mengapa kamu biarkan anakmu berjalan memimpin keldai? tidakkah elok kiranya membenarkan dia menunggang keldai tersebut? supaya tidaklah penat dan letih si anak berjalan merata..."
luqman pun angkat anak dia, naik atas kuda. mereka berjalan lagi, dari kota ke kota. sampai di satu ketika, ada lagi yang berkata, "wahai luqman, mengapa kamu biarkan anak yang muda di belakang keldai itu? tidakkah si anak kasihan melihat kamu yang telah tua, berjalan sambil memegang keldai keliling kota? adalah lebih baik kiranya si anak yang kuat dan masih muda, berjalan memegang keldai manakala kamu menunggang di atasnya?"
luqman pun tukaq la tempat dengan anaknya. si anak berjalan, luqman menunggang di belakang keldai. sampai lagi di satu kota, ada pula yang berkata "tengok tu... bapak yang tak ada hati perut! dia sedap2 menunggang di belakang, anaknya di biar berjalan memegang tali keldai. sungguh tidak bertimbangrasa!"
luqman yang mendengar, lantas turun dari keldai, dan berkata pada anaknya, "wahai anakku sayang, marilah menunggang keldai ini bersama-sama ayah. kita tidak perlu berjalan lagi..." lalu mereka berdua pun naik ke atas keldai tersebut, dan kemudian menunggang keldai itu bersama-sama.
tiba di satu kota, terdengar lagi suara-suara sumbang yang berkata-kata "bodohnya mereka ini, keldainya dah la kecik! naik pulak berdua... huh! kesian keldai... apa rasa kalau mereka pula yang di tunggang keldai?"
luqman hakim pun turun, lalu menanggung keldai itu di atas belakangnya. dengan segera, dia berjalan dengan menanggung keldai di atas belakangnya. terdengar lagi suara berkata "wahahahahaha bodohnya mereka ini, ada keldai, di tanggungnya di belakang. bukan ka sepatutnya keldai itu yang menanggung manusia? bukan manusia yang menanggung keldai!!!" mereka menjadi bahan ketawa dan sindiran manusia-manusia lain...
lama-lama, luqman al hakim pun berkata kepada anaknya. "wahai anakku... manusia ini tidak pernah puas dengan apa yang ada. perasaan hasad dengki dan irihati akan menjadi satu penyakit yang menular dengan hebatnya di akhir zaman kelak. oleh itu wahai anakku, berbuat baiklah kita sesama islam. hilangkan rasa dengki sesama manusia. bimbinglah, dan bantulah kita bersama walau dengan apa cara sekalipun. sejukkan hati yang amarah, kerana sifat amarah itulah kunci pada segala kemurkaan Allah... pedulikan apa yang mereka kata, janji, apa yang kita buat tidak terpesong dari niat dan landasan"
Subhanallah.... sejuk hati aku dengaq cerita ni.
erm.... gtg.. nanti kita sambung lagi ya~

Sunday, November 12, 2006

Persidangan UMNO 2006

*sigh...
esok malam, perasmian persidangan UMNO dekat PWTC. lusa 14th Nov, dah start persidangan puteri, pemuda n wanita. lepas tu, besidang lagi sampai 17th Nov penutup. erm... memula rasa macam takmau p. tapi... sesekali rasa macam best plak p jumpak kawan2 :)
dah la nak exam on 24th Nov, mak dah bising2, dia kata, kalao i p pesidangan, takkan ada masa untuk baca buku, takkan ada masa nak buat revision. huhu~ memang takdak harapan la nak membaca. hadey.. cemana nak maintain CGPA nih :P
kesian dekat my mommy sangat2. tinggal la dia dengan tok kat rumah :( i lurve my mommy so much! rasa macam tak sampai hati la plak!!!
ermm.. ikut rasa, binasa... ikut nafsu, lesu... ikutkan hati, mati...
well.. fikir punya fikir, taktau lah ikut nafsu ka, ikut kata hati ka, ikut perasaan ka, ikut pujukan kawan2 ka.. huhu~ i nak p.. yes! i akan p pesidangan :) but... kena la ada condition jugak... i kena baca buku, i kena buat revision! i kena paksa diri untuk study! yes.. i have to study... masa depan, kan????... :P
so, petang nih betolak, me n my 2 best buddies... betolak maybe at 6, maybe 7, depends. tak pa, drive slowly... bukannya nak ligan apa2... relax2 ja :)

pesidangan last year, with my 2 best frens :)
Photobucket - Video and Image Hosting

last year, kami bertiga, n this year pun masih bertiga. next year? Wallahualam.... what ever happen pun, harap2 our frenship will last forever... huhu~

banyak nih rancangan once dah sampai sana :) best plak rasanya.

ummie dearie, i'll definitely call u. rasa mcm lapaq mee goreng mcm last year la.. hahahaha ina n wati pun sebut2 je mee goreng ummie.

erm.. gtg nih... next week pulak la kita blogging lagik ya!
wanna go back n hugz mommy... Gosh how can i tell how much i lurve her~

Tuesday, November 07, 2006

Kenangan itu....

My notebook tukaq harddisk baru.. Uwaaaaaaaaaaaaaa! abeh smua gambaq2 kenangan yang terindah ilang... tak buleh nak recover dah.. ntah apa i buat sampai harddisk crash! Huh! Nyesai transfer all d kenangan indah ke HD. Nyesaiiii!!!!!
Ini je yg sempat save, courtesy from my photobucket.com :

My beloved
Photobucket - Video and Image Hosting

The cucus...
Photobucket - Video and Image Hosting Photobucket - Video and Image Hosting

bye...

Raya eve

Erm...
Raya dah lama lepas.. but still kita dalam bulan Syawal, salam Aidilfitri buat semua yang mengenali ct. Maaf zahir dan batin ct pohonkan. Harap dapat halalkan semua makan minum dan maafkan segala kesalahan yang samada sengaja ataupun yang tak disengajakan.
Entahlah... raya ni rasa syahduuuu sangat :( without my beloved abah.. n.. one more thing yang tak pernah berlaku in my 30 years of life! Our house banjir!!!! Gosh macam s**l jek :P Nak raya memang takdak mood langsung!!! Nak ziarah pusara abah pun tak buleh :( banjir...... uhuks~
Abah..... I mish u so so much!!!
Photobucket - Video and Image Hosting

Memang busan sangat hidup!!! Busan sangat sangatttttt!!!!!!!
Look at my house..... tunggang langgang! Besepah!!!!! Kalaula abah ada.... mesti dia yang tolong menyimpan rumah..
My abah ni suka mengemas... suka rumah bersih... tak suka sepah2. sama la my mom pun, tapi... I tau.. mak tak laqat nak menyimpan rumah sorang2 without abah :(
Photobucket - Video and Image Hosting
Photobucket - Video and Image Hosting

my car :( 3 hari dok tesadai... i malasssssss nak jalan2....
Photobucket - Video and Image Hosting

Yes... since smalam.. rasanya memang my bad day la... Yesterday morning at 8 patutnya I kena p test (my online subject) tapi ada masalah sket, big boss turun alostaq la... teros kena kensel. So, I took my test jam 10 pagi... Pastu rushing balik office, kluaq dengan my boss sampai la pukui 3 ptg. Tired nak mampoih! huhu~ banyak benda naqnya yang berlaku yesterday! Tapi tak tercerita la plak :P

Penat n membusankan!!!!

Banyak betoi benda dalam kepala nih yang nak diluahkan.. tapi.. nantilah... rasa macam takdak mood plak nak menulis...

I wish... I wish... I wish.... blablabla.... Amiiinnnnnnnnnnnnnnn....