Thursday, March 27, 2008

I've been tagged!

I've been tagged by Wan Zuha on ... (huhu~ cudn't remember the exact date n time :) sowee zuha) tapi zuha cakap, buat je, lambat ka cepat ka janji buat..
So, after surfing ur site, Zuha, sis dah dapat gambaran on how to solve ur "tagging" point tuh. So, apa lagik! Bawak kluaq smua barang dalam handbag, atoq ataih meja kat opis nieh (tapi telupa tang zip kat dalam, ada lip liner ngan lipstick ja.. tak pa kot noooo....), paih tu, pinjam henpon boss, ambik la gambaq barang2 penoh ataih meja nih. Send it to my email, buat la cecepat :P kalao dak nantik Zuha murka.. Ahaks~

Photobucket

Antara barang-barang dalam my handbag :
1. Of course purse la kan.. nyawa tuh.. everything's dalam tu...
2. Handphones.. nyawa jugek :P
3. Bluetooth earphone - tak la penting mana, tapi bawak p la kot2 driving sesambey nak menyembang ngan oqang.
4. extension charger utk my handphone n earphone.
5. Car key, house keys n office keys.
6. Nivea Whitening Lotion la kununnn haram tak puteh2 p0n :P
7. OFF! Lotion mosquito repellent - maklom la dok kampung paih tu hidup nomad plak sat tidoq umah tok sat tidoq umah chu sat tidoq umah sendiri.
8. My Staff ID Card :)
9. Card holder
10. Compact powder hat kaler puteh tu..
11. coin purse - hat kaler kunin corak bunga2 jepun tu
12. hat kaler kunin pekat tu, beg pills, sgala mak nenek pill dok lam tu :P
13. pens - small notebook takdak, bila nak tulih apa2 mintak kertas kat orang la ;)
14. My eclipse - WAJIB!
15. Pads - tak ditunjukkan atas sebab-sebab kemaluan. Haha!

Ni yang wajib. My stuff depends on my handbag jugak, kalau handbag besaq, lagi banyak la barang kat dalam tu, toothbrush pun kekadang bawak :P, torchlight, botoi ayaq mineral pun boh gak! haha!

Lepaih ni nak soh Ahkak Lea n Cin plak list down menda-menda dalam handbag depa. Ahkak Lea, handbag u besaq sangat, sampai buleh sembunyi muka :P Siap u!

Tuesday, March 25, 2008

The twin dah 6 bulan

Anak-anak dah 6 bulan. Dah buleh meneqap. Asai letak ja, memusing la badan tu nak meneqap :) haduiiii la.. I miss them so much! Hari-hari buat video call. Tak cemuih aihhh tengok klaku depa!

Tengok la dua badik nieh!
Amni.. manja la nih... swit sangat..
Photobucket

Amal... punya la menggila meneqap sampai tidoq pun meneqap!
Photobucket

Look at both of them, smiling and laughing.. holding hands lagik! Sooo cute..
Photobucket

Photobucket

Photobucket

Next week, the whole week I bz kat kulim. Ada training. Exam start on 16th April. Sat ja no mengaji? Dah exam plak... Next sem, dah masuk sem 8. Huhu~ Wish me luck! :)

Tuesday, March 18, 2008

after PRU12

Assalamualaikum :)
My first entry after PRU12, yang membuatkan I ambik cuti seminggu, berusaha bertungkus lumus untuk memenangkan calon Barisan Nasional, malangnya... emm.. everybody knows what happen kan??? So, lepas PRU12, one of my assignment was rejected by the tutor n I have to do it again. Pasainya? I didn't meet the requirement lah! what else? Assignment untuk subject Programming Language, tutor I kata, kalao I submit masa tu (a week before PRU12), dia buleh la bagi 80% ja marks kat I, tapi kalao p balik, buat lain (sebabnya I buat program, I consider machine tu as A.I, buleh buat calculation sendiri. :P, padan muka! My tutor kata, process tu I kena buatkan lah! Haha!). Dia janji nak bagi 100% marks. So, I kata nak buat lain laaaaa... End up, lepaih PRU12, bertungkus lumus buat assignment la plak!!
N now, sebok kat office sebab I ambik alih tugas buat training. Next week 31st March, ada training on Windows 2003 server. So, la nih, sebok sebok n sebok dok atoq trainer, course module n particpants. Takdan jugak nak update blog...
Anyway.. hari ni ambik masa nak type-type. Nak komen-komen jugak pasai PRU12. Banyak blog-blog yang I masok baca n I found out its very interesting to share with u guys. So, sesenang nanti masok la blog kuda-kepang ni, berita KMU n from there, hampa browse la link-link lain yang ada kat blog tu.
Emm... Pagi 9 Mac tu, I was cying... Sedih bila lalu depan wisma, tengok depa dok qamai-qamai kepong wisma Darulaman tu.. macam tak aman ja.. macam nak berperang ja... :( I was crying sebab I rasa macam I'm loosing something :( I was crying bila tengok anak-anak muda yang tak tahuan kepala ekoq dok naik moto laju-laju merempit bawak bendera sana sini sebab merayakan kemenangan yang I rasa depa sendiri taktau apa yang pasaipa depa buat macam tu. Depa masih muda.. Depa lupa pada asal usul. Tapi.. I tak salahkan depa sepenuhnya. Depa tak tau apa. Depa cuma ikut peredaran masa. Zaman la ni, manusia nakkan perubahan. Jangan kata orang lain, I pun tertekan dengan keadaan semasa.
Sejak Pak Lah ambik alih Malaysia daripada zaman Tun M dulu, dah brapa kali harga minyak naik? Brapa kali jugak government servant dapat kenaikan or pelarasan gaji? Kenaikan harga minyak n kenaikan gaji kakitangan kerajaan ni jugak menyebabkan harga barang naik melambung-lambung. I ni sebagai pekerja swasta, yang gaji tak naik-naik dah 5 tahun, for sure rasa tertekan sangat dengan keadaan ni. Masa ni jugak, I start active politic, start join puteri UMNO, dan I rasa, I sayangkan parti. Tapi... tak penatkah seekoq ikan bilis nak berjuang sedangkan jerung-jerung lain tidak berjuang. I sedih, n I penat... Tapi.. I sayangkan Malaysia.. That's why I'm crying..... :(