Monday, November 20, 2006

Hati dan Perasaan

hmm...
balik dari KL, makin serabut otak.. mana ngan nak exam hari jumaat nih! mana ngan masalah manusia-manusia yang membengangkan hidup! keja dan keadaan di ofis yang membosankan! family lagik! huhu~ paling tak tahan dengan manusia-manusia sekeliling ni... kenapa ya??
manusia ni tak pernah cukup dengan apa yang depa ada, tak pernah ada rasa puas, dan tak pernah mensyukuri nikmat yang tuhan bagi. kenapa mesti ada busuk hati? dengki? iri? cemburu?
smalam, i jumpak kawan lama. dia ada bercerita mengenai luqman al hakim dengan anaknya (umoq dalam 13 tahun), berjalan dari kampung ke kota, singgah merata-rata, membawa bersama seekor keldai yang agak sederhana besarnya :) kita guna bahasa lama naaa???
dengaq ya....
luqman, anaknya dan keldai, sama-sama berjalan, merentasi satu kota. di sana, manusia memandang-mandang, sambil berbisik sesama mereka. ada yang menjuihkan mulutnya, ada juga yang terpinga-pinga, memandang mereka dengan penuh tanya... lantas terdengar lah luqman mereka berkata, "wahai luqman yang bijaksana, mengapa kamu biarkan anakmu berjalan memimpin keldai? tidakkah elok kiranya membenarkan dia menunggang keldai tersebut? supaya tidaklah penat dan letih si anak berjalan merata..."
luqman pun angkat anak dia, naik atas kuda. mereka berjalan lagi, dari kota ke kota. sampai di satu ketika, ada lagi yang berkata, "wahai luqman, mengapa kamu biarkan anak yang muda di belakang keldai itu? tidakkah si anak kasihan melihat kamu yang telah tua, berjalan sambil memegang keldai keliling kota? adalah lebih baik kiranya si anak yang kuat dan masih muda, berjalan memegang keldai manakala kamu menunggang di atasnya?"
luqman pun tukaq la tempat dengan anaknya. si anak berjalan, luqman menunggang di belakang keldai. sampai lagi di satu kota, ada pula yang berkata "tengok tu... bapak yang tak ada hati perut! dia sedap2 menunggang di belakang, anaknya di biar berjalan memegang tali keldai. sungguh tidak bertimbangrasa!"
luqman yang mendengar, lantas turun dari keldai, dan berkata pada anaknya, "wahai anakku sayang, marilah menunggang keldai ini bersama-sama ayah. kita tidak perlu berjalan lagi..." lalu mereka berdua pun naik ke atas keldai tersebut, dan kemudian menunggang keldai itu bersama-sama.
tiba di satu kota, terdengar lagi suara-suara sumbang yang berkata-kata "bodohnya mereka ini, keldainya dah la kecik! naik pulak berdua... huh! kesian keldai... apa rasa kalau mereka pula yang di tunggang keldai?"
luqman hakim pun turun, lalu menanggung keldai itu di atas belakangnya. dengan segera, dia berjalan dengan menanggung keldai di atas belakangnya. terdengar lagi suara berkata "wahahahahaha bodohnya mereka ini, ada keldai, di tanggungnya di belakang. bukan ka sepatutnya keldai itu yang menanggung manusia? bukan manusia yang menanggung keldai!!!" mereka menjadi bahan ketawa dan sindiran manusia-manusia lain...
lama-lama, luqman al hakim pun berkata kepada anaknya. "wahai anakku... manusia ini tidak pernah puas dengan apa yang ada. perasaan hasad dengki dan irihati akan menjadi satu penyakit yang menular dengan hebatnya di akhir zaman kelak. oleh itu wahai anakku, berbuat baiklah kita sesama islam. hilangkan rasa dengki sesama manusia. bimbinglah, dan bantulah kita bersama walau dengan apa cara sekalipun. sejukkan hati yang amarah, kerana sifat amarah itulah kunci pada segala kemurkaan Allah... pedulikan apa yang mereka kata, janji, apa yang kita buat tidak terpesong dari niat dan landasan"
Subhanallah.... sejuk hati aku dengaq cerita ni.
erm.... gtg.. nanti kita sambung lagi ya~

5 Comments:

Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

5:12 PM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

5:20 PM  
Anonymous Anonymous said...

This comment has been removed by a blog administrator.

5:34 PM  
Blogger umie@kakyong said...

ct...
adat dunia mcm tu la... manusia ni berbagai2 ragam/perangai... Ada kala org tak akan senang melihat kita nampak senang....
Tu la kan... SABAQ la banyak2... Tuhan akan beri ganjaran pada org2 yg sabaq.... uhuk...

12:40 AM  
Blogger Azer Mantessa said...

kalau semua cukup satni capitalist marah :-)

2:03 PM  

Post a Comment

<< Home